Wednesday 20 January 2016

REVIEW NOVEL : LEMBAGA KERUSI BELAKANG

BY AtiqAziz 2 comments



Haaai!

Beberapa hari lepas, aku ada komen dekat FB page Aman Wan pasal novel terbaru beliau. Uhuhuuu... Dah dua dah novel dia. Aku??

Ok! Berbalik pada tajuk entri.. Masa aku borak-borak tu, aku ada cakap dekat dia kononnya aku nak buat review pasal novel sulung dia iaitu.....

LEMBAGA KERUSI BELAKANG
*setiap perintah ada bayarannya*
Sebelum cerita lebih lanjut tentang jalan cerita novel ini, aku nak komen cover novel ini terlebih dahulu. Aku, sebagai pembeli NOVEL, memang menitik beratkan hal cover.

"DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER"

Istilah ni dengan aku memang tak berapa ngam. Sebab aku sangat-sangat menitik beratkan cover novel (and of course, the contents). Dia tak sama macam aku aku tengok cover komik. Kalau komik aku boleh terima cover dia 'agak' merepek.

Untuk memenuhi citarasa aku dalam segi cover novel ni agak susah, sebab aku ni kadang-kadang suka cover yang sarat. Kadang-kadang mahu satu gambar saja. Ada masa, kalau boleh mahu kosong. Ia lebih bergantung kepada genre novel itu. Lebih-lebih lagi untuk genre SERAM, aku lebih suka background gelap dan kelam, ada unsur grunge dan karat-karat darah. Sangat-sangat menarik minat aku untuk mencekau novel tersebut dan terus menuju ke kaunter pembayaran.

Walaupun jalan cerita dia tak ada pun berdarah-darah, berbunuh-bunuhan bagai.
Dan....akhirnya, aku kecewa dengan jalan cerita novel itu.
*Ahaks!*

Untuk cover Lembaga Kerusi Belakang ini, memang dah memenuhi kehendak mata aku. Tapi... adakah cerita ini mampu tarik minat aku sampai habis atau end up dengan kekecewaan yang tidak bertepian???

=================================================



Watak utama dalam cerita ini adalah Nadiya Risa, pelajar kelas 3 Flora di Sekolah Sri Bangsar. Pada pengamatan aku, Nadiya ni jenis orang yang suka ambil mudah dalam banyak hal. Kerja sekolah tak siap, boleh buat rileks aje, mak mintak tolong dekat dapur pun, malas-malas je nak tolong. Lepas tu, selamba pula berkurang ajar dengan cikgu. Hisyh! Kalaulah aku ada adik macam ini, dah lama aku sebat guna hanger.
*cakap begar-begar, sedangkan perangai sendiri 2 kali 5 aje macam watak utama*



REVIEW TIME!!

Jalan cerita Lembaga Kerusi Belakang bagi aku, ia tersusun rapi.
Rasa INGIN TAHU Nadiya tentang kelas lama yang menjadi punca segala perkara seram berlaku serta sikap BERANI CUBA dia dapat membuatkan pembaca tertanya-tanya. Penulis bijak, dia cuit persoalan dalam jalan cerita sikit-sikit aje, tapi itu sudah cukup kuat membuatkan pembaca teruskan pembacaannya sehingga penamat.

Salah seorang pembacanya, aku! Jenis yang malas membaca novel. Novel ini mampu aku habiskan dalam masa sehari, walaupun hampir 5 jam juga untuk aku peruntukan.
Sedihnya... 100 muka surat aje pun.

Aku tak mahu tulis jalan cerita, sebab nanti tertulis spoiler pulak.

Apa yang boleh aku katakan, jalan cerita LKB sangat dekat dengan masyarakat kita. Tak kisahlah masih sekolah ke, dah kerja ke... Kecil, remaja, dewasa malah yang dah tua. Sama aje! Bila terasa susah, sudah rasa tersepit dengan keadaan sekeliling.... Fikiran mudah dirasuk Syaitan, mulalah nak buat yang bukan-bukan. Masa itu, sikit pun dah tak ingat Tuhan, asalkan terhidang semua yang dah dihajatkan.

Aku sangat-sangat sarankan untuk semua orang, tak kiralah apa peringkat umur mereka sekalipun. Ada duit - beli. Ada masa - baca! Ambil mesej yang cuba disampaikan oleh penulis. Tersepit macam mana sekalipun kita dengan kehidupan, jangan sesekali menyekutukan Allah.

Lebih malang lagi, kalau sanggup menduakan Allah hanya sekadar hendak hidup dipuja dan dipuji. Hidup di dunia sekadar menumpang, jangan pernah rasa bangga dengan segala apa yang dipinjamkan.

Andai kata sudah terlanjur, patah balik ke jalan yang Dia redhai.
*mendalam gila review aku ni kan. Hah! Hah! Hah!*

SUDAH!


Nama pun novel seram, mestilah ada babak seramnya, bukan...
Banyak juga babak-babak seram yang ada dalam novel ni, walaupun nipis aje novelnya. So penggila genre seram macam aku, dah cukup berpuas hati dengan unsur-unsur seram yang diselitkan.

Sampai mampu membuatkan aku stereotaip untuk seluk tangan dalam laci meja lah.
Kbai!

Aku paling suka part Laili datang ke tempat Nadiya sebab nak bagi semangatlah kononnya... siap peluk-peluk bagai. Terbuai dah perasaan masa tu, tiba-tiba jadi sebaliknya. Kahkahkah!!!

Teringat pula aku cerita dalam 'Kafe Khenit'. Penulis ni juga lah yang melukisnya.
*Adeeeeh, pandai ko twist plot ea!*

Dan.....
Korang patut tahu cara kematian paling tragik yang pernah terjadi di Sekolah Sri Bangsar. Serius tragik! Kisah penuh pasal kematian pelajar tersebut ada dalam bab 5. Nak tahu? Haruslah kena baca! Kalau tulis sini, meletup-letuplah spoilernya nanti.

============================================

Jadi...
Itulah penghabisan review novel aku yang pertama ni. Ia sesuai untuk bacaan remaja.
sedangkan untuk REMAJA TUA macam hakaak pun dah boleh meninggalkan kesan lah juga sikit-sikit.

BINTANG TIME!!!

AKU BERIKAN...

4 bintang
3 bulan
16 batu kerikil dan
20 batang Choki-Choki

kepada penulis sebab berjaya membuat novel seram light-light. Ini satu kejayaanlah untuk penulis sebab novel pertama dia dah boleh buat gempak camni. Sekarang tertunggu-tunggu novel seterusnya.
Katanya, mendiva-diva pulak.

RECOMMENDED!!

***************

Di sini, aku nak menjemput korang untuk baca karya sulung aku yang ke-10...
Hahahaha... Asyik-asyik karya sulung. Last-last tak siap pun~~
*jom berhuhuhuuu...*

So boleh klik link ini
BILIK 303


Assalamualaikum!

Tuesday 5 January 2016

Wattpad-ku dah Berhabuk!!!!

BY AtiqAziz No comments



Wattpad aku sekarang ini dalam mod hiatus. Apa itu HIATUS? Carilah sendiri maksudnya. Sebab aku dulu pun tak tahu maksudnya, tapi aku cari sendiri
*ok! Kedekut ilmu...*

PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Aku sibuk betul menjelang 2016 ni. Setiap kali aku buka email aje, mesti ada aje yang bertanyakan Bilik 303.

"tlg la sambung chapter seterusnya...best giler...seram dowh..."

"Bila nak cont chapter 2. Beginning dah seram"

"Nnti buatlh sambungannya.. Btw cerita ini sangat menarik"

************
Ni komen-komen yang pembaca tinggalkan dekat BILIK 303. Serius! Perasaan bercampur aduk. TERHARU? TERUJA? TERSTRESS?
Semua complete masuk dalam satu pakej.

Terharu...
Kerana tak sangka, karya pertama yang aku letakkan untuk bacaan umum ini ada orang yang nak baca. Aku masa karang cerita tu pada mulanya pernah bersangka buruk dengan diri sendiri.

"Ada ke orang nak baca karya aku ni?"

Spekulasi bangang ini muncul sendiri selepas aku baca hasil karya orang lain yang lebih super gempak tahap hampir terberanak aku bacanya. Apa-apapun terima kasih pembaca yang sudi baca Bilik 303.

Teruja...
Kerana penerimaan pembaca Bilik 303 bagi aku amat memberangsangkan. Sedangkan bagi aku cerita itu biasa-biasa saja. Sekadar tahap light horror tahap tadika aje. Tapi, itulah... Taste orang lain-lain, kan! Macam aku, suka cerita seram gila-gila namatteyh punya. Tapi karang novel seram-seram sendu . Hmmm...

STRESS!!!
Mestilah stress!!! Sekarang ni macam-macam benda buat aku stress. Kerja, of course... Supplier main-main. Kejap harga tak naik, hari ini cakap naik pula. Kan minta aku naik darah aje macam itu! Costumer pula nak semua benda murah. Itu belum cerita dah ambil barang tak bayar. Lepas tu lari menyendiri. Memang aku kejar sampai dapat. Ingat aku tak larat? Hahahahaa....

PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Bila baca email-email Wattpad yang masuk dalam gmail box aku pun. Dah menambah stress aku. Hari-hari ada orang minta sambung cerita. Tapi aku tak pernah salahkan mereka. Salah aku, sebab kononnya nak sambung weekly cerita tu. Rupa-rupanya... Akak Takuad!! Manalah nak sangka, kehidupan aku akan menjadi SuperBusy macam ini.


Itu belum cerita lagi... Aku ada satu manuskrip yang boleh jatuh tahap WAJIB DISIAPKAN, tapi aku masih belum mula apa-apa lagi. Aduuuh! Stress!! Lepas ini aku kena susun semula jadual hidup aku. Masa-masa yang perlu diperuntukkan untuk lakukan semua kerja dalam 1 hari.
Duhh...

********

Apa-apapun, sempena tahun baru 2016 ini. Aku mahu lakukan perubahan untuk hidup aku, famili, agama dan semua yang selayaknya mendapat kebaikan. Azam! Semua orang ada azam, aku pun ada. Tapi rasanya tak perlu nak diberitahu di sini. Azam itu biar tertanam di dalam hati dan dizahirkan dengan perbuatan. Bukannya azam di laman sosial dah habiskan sepanjang tahun dengan berhuhuu...

milkysmilemilkysmilemilkysmile

ASSALAMUALAIKUM~

Wednesday 29 July 2015

Nikah Bukan Untuk Cerai DIROMBAK!!!

BY AtiqAziz No comments

بسم الله الرحمن الرحيم

APPACITTAA?!

Yeap! Aku dah fikir masak-masak semasa aku masak mee segera berperisa tom yam dicampur beberapa keping daging dan sebiji telur bersama sayur kobis pada minggu lepas. Ya! Minggu lepas... Baru hari ini aku nak masukkan dalam blog? Hahahahaa... (gelak tak ada motif). Memandangkan internet aku di rumah memang sendu dan aku pula baru merancang untuk merangka jalan cerita yang baru. Jadi agak lambat sikitlah untuk aku beritahu. At least, aku merancang lebih awal untuk buat rombakan ini. Tidaklah sedrastik ROMBAKAN KABINET kita!!
*ok! jangan carutz*


Sebenarnya, ROMBAKAN jenis apa yang aku nak buat sebenarnya ni? ROMBAKAN watak dan perwatakan ke? ROMBAKAN latar tempat atau latar masa? Oh! Tidak.. tidak... ROMBAKAN yang aku nak buat lebih besar daripada itu.

ROMBAKAN JALAN CERITA!!!

Yeap!! Rombakan jalan cerita. Sebelum ni fokus aku lebih kepada pembaca dewasa. Jalan ceritanya lebih kepada ke arah dewasa gitew. Tapi apabila aku pula yang dah meningkat dewasa ni, aku rasa jalan cerita yang dah aku rancang 5 tahun dulu (Wow! Lamanya~) tak bersesuaian dengan semua peringkat umur.


Kebelakangan ni, aku banyak bergaul dengan beberapa orang pembaca tegar Blink Book. Mereka dalam lingkungan 10 hingga 17 tahun (aku sahaja yang umur 25 dalam ramai-ramai tu). Ada antara mereka yang mengaku suka membaca novel dewasa di mana banyak unsur-unsur Cinta di dalamnya. Unsur Cinta tu bagi aku bukanlah hal yang besar sangat (sebenarnya aku sangat-sangat menegah budak-budak bawah umur untuk tangkap cintan. Serius!). Aku cuma risaukan jika ada unsur-unsur negatif di dalam novel tersebut yang menyebabkan adik-adik ni terikut-ikut apa yang mereka baca. Kebiasaannya dalam novel dewasa ini kontennya memang lebih kepada perkara-perkara dewasa (You know what I mean~), dan aku mengakui dalam jalan cerita NBUC yang lama ada unsur-unsur dewasa yang keterlalu skeeet... Hehehee~


Jadi... Aku mengambil inisiatif untuk ubah KESELURUHAN jalan cerita yang lama kepada yang baru namun masih menggunakan tajuk yang sama. Aku tak kisah kalau akhirnya jalan cerita itu tak begitu melekat sampai tiada produser drama yang mahu ambil karya aku menjadi drama. Aku serius tak kisah. Sekarang ini, populariti dan wang bukan lagi fokus utama aku. Aku cuma berharap setelah aku siapkan karya NBUC nanti, ada ilmu dan sedikit manfaat yang boleh aku kongsikan kepada pembaca. Biarlah aku tak kaya dunia, aku harap dengan karya aku ini nanti dapat menambah saham pahala untuk aku di akhirat nanti. (Ececeeeeyh...)

Oklah... Sampai di sini saja entri aku kali ini. Dah tak tahu nak borak apa sebenarnya. Doa-doakan NBUC yang baru dapat di-update secepat yang mungkin. InsyaAllah...


ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN









Monday 6 July 2015

Mana Sambungan Novel Kau, Atiq??

BY AtiqAziz No comments

بسم الله الرحمن الرحيم

Alahai...!
Dah lama gila aku tak kemaskini blog aku. Sudah naik berlumut! Nasib baik aku tengah dalam mood yang baik untuk menyental semua lumut-lumut yang ada.

Mestilah dah lama aku tak kemaskini blog ini. Sebaaaab...
Aku dah lama berhenti mengarang novel. Boleh kata dari awal tahun lagi aku sudah MULA untuk TAK MULA-MULA menaip SEMULA!!
*Tengok! Berapa banyak perkataan mula?*

Serius!
Aku sangat sibuk dengan kerja designing yang pelanggan sudah tempah dekat aku. Memanglah tak banyak tempahan. Tapi untuk buat satu rekaan kadang-kadang mengambil masa yang lama. Lebih lagi internet aku yang sangatlah slow membuatkan aku susah nak berbincang dengan pelanggan walaupun melalui Whatsapp yang selalunya laju itu. Susah nak berbincang design apa yang sebenar-benarnya yang dia inginkan. Lagi pula, kadang-kadang aku perlu men-download design yang sedia ada di dalam internet. Dengan internet aku yang terlalu sendu itu, memanglah mengambil masa yang agak lama untuk aku siapkan sesebuah design.

Okaylah!
Sebenarnya itu hanya sebuah alasan yang lebih sendu daripada kelajuan internet aku sendiri. Sebenar-benarnya... Idea aku dah tersekat di skala 6!

Setelah lama aku berfikir dan berfikir...
Barulah aku tahu~ Aku mula mengarang novel aku tanpa ada perancangan yang teliti. Itulah yang menyebabkan idea aku tiba-tiba hilang dan mereput begitu sahaja.

Pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 baru-baru ini, aku ada juga mencari-cari buku yang menerangkan tip-tip penulisan novel. Dan setelah berhari-hari aku melepakkan diri aku di booth Blink Book.
*sampai ada yang ingat aku salah seorang crew di booth itu*
Aku pun terperhati senaskah novel pink yang MENYELERAKAN!!
*okay! aku memang tak minat warna pink. Tapi kalau warna ala-ala air sirap bandung begitu. AKU MAAFKAN!*

Cantik kan! Rasa macam nak minum~

AKU MAHU JADI NOVELISTAR hasil tulisan Kak Ain Maisarah dan Kak Jumie Jain. Kisah tentang suka duka trio ABC yang mahu menyertai pertandingan menulis novel. Banyaklah suka duka yang mereka tempuhi sepanjang nak menyiapkan novel itu. Tapi aku belum baca! Serius aku belum baca. Namun yang pasti, pasti ada tip-tip yang dimasukkan dalam novel ini. Boleh dikatakan semua novel Blink Book ini memang terselit tip-tip yang tersembunyi. Sebab itulah aku suka baca.
*walaupun ada yang kata aku budak-budak sebab baca novel remaja macam ini*
-pfffftt-

 Masa itu aku memang dah nak beli sangat-sangat dah novel ini. Tapi.. tapii...
Duit pulak tak cukup... Sebab aku dah grab senaskah novel yang supercute yang boleh dikatakan ada sedikit kaitan dengan aku pada masa DAHULU~~

Aku Mahu Jadi Hijabistar
*gitchuuu*

Aku sebenarnya berbelah bahagi sangat-sangat masa itu. Sebab dua-dua novel ini memang aku nak SANGAT-SANGAT! Namun setelah aku berfikir-fikir dengan penuh tawadhuk, berjalan-jalan di dalam PWTC seperti gelandangan, membaca buku secara percuma di booth-booth yang ada dan melepak di booth Blink Book macam aku ada share dekat booth tu...

Aku pun nekad untuk membeli...

'AKU MAHU JADI HIJABISTAR'


Dan... Secara automatiknya! Aku tak dapatlah nak beli novel 'AKU MAHU JADI NOVELISTAR'
*sedih!*


Tapi aku tetap bertekad juga untuk beli novel itu satu hari nanti. Bertabah ajelah masa itu sebab dah memang tak ada rezeki aku nak beli. 

Selepas itu, aku fikir-fikir nak cari tip dalam internet saja. Mustahillah tak ada. Tapi masa itu aku pun dah balik ke kampung, dengan internet yang sendu seperti siput sedut ini. Harapan ajelah nak dapat cari. Internet di kampung ini boleh bukak whatsapp dengan Facebook aje. Itu pun kalau nasib aku baiklah. Kalau nasib tak berapa nak ngam, main dengan kucing sajalah aku seharian.

Kemudian...
Mungkin rezeki aku (dan juga orang-orang yang lain), Kak Ain Maisarah berkongsi beberapa tip penulisan melalui Facebook miliknya. Wah! Memang terbaiklah! Bagai orang mengantuk disorong bantal. Pakej dengan bantal peluk dengan selimut lagi. Sebab bukan sikit tip yang dikongsikan. Banyak tu!
*semoga Allah merahmati usaha Kak Ain Maisarah*

Jadi...
Selepas membaca dan memahami tip-tip yang diberikan oleh Kak Ain Maisarah. Aku pun dah dapat merangka beberapa jalan cerita novel dan cerpen yang dikategorikan sebagai 'fan fiction' daripada permulaan sehinggalah ke penamat.

InsyaAllah...
Dalam masa terdekat ini aku akan masukkan karya pertama aku yang bertajuk

'LAWAK SEKOLAH : BELAJAR BERPUASA'
*lambatnya mereka nak belajar yea! Dah nak raya dah pun. Huhuhuu...*

Okaylah!
Aku pun nak sudahkan entri kali ini. Sebelum itu aku nak share tip-tip penulisan Kak Ain Maisarah. Jadi, kalau berminat nak tahu. Klik lah link kat bawah ni. Ohohohoooo!




ASSALAMUALAIKUM






Tips Penulisan Ain Maisarah

BY AtiqAziz No comments

بسم الله الرحمن الرحيم

Jom tengok antara tip-tip penulisan yang telah diberikan oleh Kak Ain Maisarah menerusi laman Facebook beliau!!

















SEKIAN SETAKAT INI.
kalau ada penambahan nanti aku masukkan lagi, ya!

Wednesday 1 January 2014

Aku Bukan Selipar!!!

BY AtiqAziz IN No comments


Aku bukan selipar!!!
Yang kau cari bila perlu
Hanya untuk keselesaan dan kesenanganmu
Itupun kau letak di kakimu yang bercagu
Berkerutu!

Sesekali duduk di tempat aku...
Merasa azabnya dihenyak dan dilanyak
Menahan kerasnya kerikil tajam
Hadap segala busuknya najis hitam
Rasalah!!
Saat itu baru kau mengerti barangkali

Memang aku diam
Memang tak aku melawan
Tapi cubalah hormati aku
Sebab...
AKU BUKAN SELIPAR

-AtiqAziz-

Sunday 29 December 2013

Wira Tak Didendang

BY AtiqAziz IN No comments



Biarlah aku...
Terus menjadi wira yang tak didendang
Biarlah aku...
Terus-terusan kau tak pandang

Aku tetap menjadi AKU
Menadah caci dan keji
Meneguk ludah kanan dan kiri
Aku tetap menjadi AKU

Biarlah aku...
Terus menjadi wira yang tak didendang
Asalkan kau...
Bahagia dan senang

-AtiqAziz-

Aku Budak Hostel

BY AtiqAziz IN No comments

Aku budak hostel..
Didikan sang cerdik pandai dan gila
Aku buat apa aku suka
Tak kesah apa orang kata

Peraturan aku langgar
Teguran aku sanggah
Kata warden aku tepis
Hati keras susah menangis

Bahasa aku macam celaka
Bukannya asal dari Melaka
Aku orang mengembara
Hingga lupa asal dari mana

Aku memang macam celaka
Pedulilah korang nak kata apa
Kata mak bapak tetap jadi pedoman
Sebab dorg bagi duit, bagi makan....

-AtiqAziz-