Monday 6 July 2015

Mana Sambungan Novel Kau, Atiq??

BY AtiqAziz No comments

بسم الله الرحمن الرحيم

Alahai...!
Dah lama gila aku tak kemaskini blog aku. Sudah naik berlumut! Nasib baik aku tengah dalam mood yang baik untuk menyental semua lumut-lumut yang ada.

Mestilah dah lama aku tak kemaskini blog ini. Sebaaaab...
Aku dah lama berhenti mengarang novel. Boleh kata dari awal tahun lagi aku sudah MULA untuk TAK MULA-MULA menaip SEMULA!!
*Tengok! Berapa banyak perkataan mula?*

Serius!
Aku sangat sibuk dengan kerja designing yang pelanggan sudah tempah dekat aku. Memanglah tak banyak tempahan. Tapi untuk buat satu rekaan kadang-kadang mengambil masa yang lama. Lebih lagi internet aku yang sangatlah slow membuatkan aku susah nak berbincang dengan pelanggan walaupun melalui Whatsapp yang selalunya laju itu. Susah nak berbincang design apa yang sebenar-benarnya yang dia inginkan. Lagi pula, kadang-kadang aku perlu men-download design yang sedia ada di dalam internet. Dengan internet aku yang terlalu sendu itu, memanglah mengambil masa yang agak lama untuk aku siapkan sesebuah design.

Okaylah!
Sebenarnya itu hanya sebuah alasan yang lebih sendu daripada kelajuan internet aku sendiri. Sebenar-benarnya... Idea aku dah tersekat di skala 6!

Setelah lama aku berfikir dan berfikir...
Barulah aku tahu~ Aku mula mengarang novel aku tanpa ada perancangan yang teliti. Itulah yang menyebabkan idea aku tiba-tiba hilang dan mereput begitu sahaja.

Pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 baru-baru ini, aku ada juga mencari-cari buku yang menerangkan tip-tip penulisan novel. Dan setelah berhari-hari aku melepakkan diri aku di booth Blink Book.
*sampai ada yang ingat aku salah seorang crew di booth itu*
Aku pun terperhati senaskah novel pink yang MENYELERAKAN!!
*okay! aku memang tak minat warna pink. Tapi kalau warna ala-ala air sirap bandung begitu. AKU MAAFKAN!*

Cantik kan! Rasa macam nak minum~

AKU MAHU JADI NOVELISTAR hasil tulisan Kak Ain Maisarah dan Kak Jumie Jain. Kisah tentang suka duka trio ABC yang mahu menyertai pertandingan menulis novel. Banyaklah suka duka yang mereka tempuhi sepanjang nak menyiapkan novel itu. Tapi aku belum baca! Serius aku belum baca. Namun yang pasti, pasti ada tip-tip yang dimasukkan dalam novel ini. Boleh dikatakan semua novel Blink Book ini memang terselit tip-tip yang tersembunyi. Sebab itulah aku suka baca.
*walaupun ada yang kata aku budak-budak sebab baca novel remaja macam ini*
-pfffftt-

 Masa itu aku memang dah nak beli sangat-sangat dah novel ini. Tapi.. tapii...
Duit pulak tak cukup... Sebab aku dah grab senaskah novel yang supercute yang boleh dikatakan ada sedikit kaitan dengan aku pada masa DAHULU~~

Aku Mahu Jadi Hijabistar
*gitchuuu*

Aku sebenarnya berbelah bahagi sangat-sangat masa itu. Sebab dua-dua novel ini memang aku nak SANGAT-SANGAT! Namun setelah aku berfikir-fikir dengan penuh tawadhuk, berjalan-jalan di dalam PWTC seperti gelandangan, membaca buku secara percuma di booth-booth yang ada dan melepak di booth Blink Book macam aku ada share dekat booth tu...

Aku pun nekad untuk membeli...

'AKU MAHU JADI HIJABISTAR'


Dan... Secara automatiknya! Aku tak dapatlah nak beli novel 'AKU MAHU JADI NOVELISTAR'
*sedih!*


Tapi aku tetap bertekad juga untuk beli novel itu satu hari nanti. Bertabah ajelah masa itu sebab dah memang tak ada rezeki aku nak beli. 

Selepas itu, aku fikir-fikir nak cari tip dalam internet saja. Mustahillah tak ada. Tapi masa itu aku pun dah balik ke kampung, dengan internet yang sendu seperti siput sedut ini. Harapan ajelah nak dapat cari. Internet di kampung ini boleh bukak whatsapp dengan Facebook aje. Itu pun kalau nasib aku baiklah. Kalau nasib tak berapa nak ngam, main dengan kucing sajalah aku seharian.

Kemudian...
Mungkin rezeki aku (dan juga orang-orang yang lain), Kak Ain Maisarah berkongsi beberapa tip penulisan melalui Facebook miliknya. Wah! Memang terbaiklah! Bagai orang mengantuk disorong bantal. Pakej dengan bantal peluk dengan selimut lagi. Sebab bukan sikit tip yang dikongsikan. Banyak tu!
*semoga Allah merahmati usaha Kak Ain Maisarah*

Jadi...
Selepas membaca dan memahami tip-tip yang diberikan oleh Kak Ain Maisarah. Aku pun dah dapat merangka beberapa jalan cerita novel dan cerpen yang dikategorikan sebagai 'fan fiction' daripada permulaan sehinggalah ke penamat.

InsyaAllah...
Dalam masa terdekat ini aku akan masukkan karya pertama aku yang bertajuk

'LAWAK SEKOLAH : BELAJAR BERPUASA'
*lambatnya mereka nak belajar yea! Dah nak raya dah pun. Huhuhuu...*

Okaylah!
Aku pun nak sudahkan entri kali ini. Sebelum itu aku nak share tip-tip penulisan Kak Ain Maisarah. Jadi, kalau berminat nak tahu. Klik lah link kat bawah ni. Ohohohoooo!




ASSALAMUALAIKUM






0 comments: