Wednesday 20 January 2016

REVIEW NOVEL : LEMBAGA KERUSI BELAKANG

BY AtiqAziz 2 comments



Haaai!

Beberapa hari lepas, aku ada komen dekat FB page Aman Wan pasal novel terbaru beliau. Uhuhuuu... Dah dua dah novel dia. Aku??

Ok! Berbalik pada tajuk entri.. Masa aku borak-borak tu, aku ada cakap dekat dia kononnya aku nak buat review pasal novel sulung dia iaitu.....

LEMBAGA KERUSI BELAKANG
*setiap perintah ada bayarannya*
Sebelum cerita lebih lanjut tentang jalan cerita novel ini, aku nak komen cover novel ini terlebih dahulu. Aku, sebagai pembeli NOVEL, memang menitik beratkan hal cover.

"DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER"

Istilah ni dengan aku memang tak berapa ngam. Sebab aku sangat-sangat menitik beratkan cover novel (and of course, the contents). Dia tak sama macam aku aku tengok cover komik. Kalau komik aku boleh terima cover dia 'agak' merepek.

Untuk memenuhi citarasa aku dalam segi cover novel ni agak susah, sebab aku ni kadang-kadang suka cover yang sarat. Kadang-kadang mahu satu gambar saja. Ada masa, kalau boleh mahu kosong. Ia lebih bergantung kepada genre novel itu. Lebih-lebih lagi untuk genre SERAM, aku lebih suka background gelap dan kelam, ada unsur grunge dan karat-karat darah. Sangat-sangat menarik minat aku untuk mencekau novel tersebut dan terus menuju ke kaunter pembayaran.

Walaupun jalan cerita dia tak ada pun berdarah-darah, berbunuh-bunuhan bagai.
Dan....akhirnya, aku kecewa dengan jalan cerita novel itu.
*Ahaks!*

Untuk cover Lembaga Kerusi Belakang ini, memang dah memenuhi kehendak mata aku. Tapi... adakah cerita ini mampu tarik minat aku sampai habis atau end up dengan kekecewaan yang tidak bertepian???

=================================================



Watak utama dalam cerita ini adalah Nadiya Risa, pelajar kelas 3 Flora di Sekolah Sri Bangsar. Pada pengamatan aku, Nadiya ni jenis orang yang suka ambil mudah dalam banyak hal. Kerja sekolah tak siap, boleh buat rileks aje, mak mintak tolong dekat dapur pun, malas-malas je nak tolong. Lepas tu, selamba pula berkurang ajar dengan cikgu. Hisyh! Kalaulah aku ada adik macam ini, dah lama aku sebat guna hanger.
*cakap begar-begar, sedangkan perangai sendiri 2 kali 5 aje macam watak utama*



REVIEW TIME!!

Jalan cerita Lembaga Kerusi Belakang bagi aku, ia tersusun rapi.
Rasa INGIN TAHU Nadiya tentang kelas lama yang menjadi punca segala perkara seram berlaku serta sikap BERANI CUBA dia dapat membuatkan pembaca tertanya-tanya. Penulis bijak, dia cuit persoalan dalam jalan cerita sikit-sikit aje, tapi itu sudah cukup kuat membuatkan pembaca teruskan pembacaannya sehingga penamat.

Salah seorang pembacanya, aku! Jenis yang malas membaca novel. Novel ini mampu aku habiskan dalam masa sehari, walaupun hampir 5 jam juga untuk aku peruntukan.
Sedihnya... 100 muka surat aje pun.

Aku tak mahu tulis jalan cerita, sebab nanti tertulis spoiler pulak.

Apa yang boleh aku katakan, jalan cerita LKB sangat dekat dengan masyarakat kita. Tak kisahlah masih sekolah ke, dah kerja ke... Kecil, remaja, dewasa malah yang dah tua. Sama aje! Bila terasa susah, sudah rasa tersepit dengan keadaan sekeliling.... Fikiran mudah dirasuk Syaitan, mulalah nak buat yang bukan-bukan. Masa itu, sikit pun dah tak ingat Tuhan, asalkan terhidang semua yang dah dihajatkan.

Aku sangat-sangat sarankan untuk semua orang, tak kiralah apa peringkat umur mereka sekalipun. Ada duit - beli. Ada masa - baca! Ambil mesej yang cuba disampaikan oleh penulis. Tersepit macam mana sekalipun kita dengan kehidupan, jangan sesekali menyekutukan Allah.

Lebih malang lagi, kalau sanggup menduakan Allah hanya sekadar hendak hidup dipuja dan dipuji. Hidup di dunia sekadar menumpang, jangan pernah rasa bangga dengan segala apa yang dipinjamkan.

Andai kata sudah terlanjur, patah balik ke jalan yang Dia redhai.
*mendalam gila review aku ni kan. Hah! Hah! Hah!*

SUDAH!


Nama pun novel seram, mestilah ada babak seramnya, bukan...
Banyak juga babak-babak seram yang ada dalam novel ni, walaupun nipis aje novelnya. So penggila genre seram macam aku, dah cukup berpuas hati dengan unsur-unsur seram yang diselitkan.

Sampai mampu membuatkan aku stereotaip untuk seluk tangan dalam laci meja lah.
Kbai!

Aku paling suka part Laili datang ke tempat Nadiya sebab nak bagi semangatlah kononnya... siap peluk-peluk bagai. Terbuai dah perasaan masa tu, tiba-tiba jadi sebaliknya. Kahkahkah!!!

Teringat pula aku cerita dalam 'Kafe Khenit'. Penulis ni juga lah yang melukisnya.
*Adeeeeh, pandai ko twist plot ea!*

Dan.....
Korang patut tahu cara kematian paling tragik yang pernah terjadi di Sekolah Sri Bangsar. Serius tragik! Kisah penuh pasal kematian pelajar tersebut ada dalam bab 5. Nak tahu? Haruslah kena baca! Kalau tulis sini, meletup-letuplah spoilernya nanti.

============================================

Jadi...
Itulah penghabisan review novel aku yang pertama ni. Ia sesuai untuk bacaan remaja.
sedangkan untuk REMAJA TUA macam hakaak pun dah boleh meninggalkan kesan lah juga sikit-sikit.

BINTANG TIME!!!

AKU BERIKAN...

4 bintang
3 bulan
16 batu kerikil dan
20 batang Choki-Choki

kepada penulis sebab berjaya membuat novel seram light-light. Ini satu kejayaanlah untuk penulis sebab novel pertama dia dah boleh buat gempak camni. Sekarang tertunggu-tunggu novel seterusnya.
Katanya, mendiva-diva pulak.

RECOMMENDED!!

***************

Di sini, aku nak menjemput korang untuk baca karya sulung aku yang ke-10...
Hahahaha... Asyik-asyik karya sulung. Last-last tak siap pun~~
*jom berhuhuhuuu...*

So boleh klik link ini
BILIK 303


Assalamualaikum!

2 comments:

Aman Wan said...

Yeay! Terima kasih Atiq untuk review ini. Memang semangat aku nak hasilkan sambungan novel seram lagi! Selepas mendiva, pastinya berdarah2 semula! Yosh!

Apapun, aku baru tau pasal wattpadd, cool juga ek benda tu. Aku baru register, n nanti nak baca novel kau pulak. Hoho!

***Btw, cool betul blog kau ini ya. Siap offer minum KOPI atau TEH. hahaha!

AtiqAziz said...

AMAN WAN -- Seriously, baru tahu pasal Wattpad? Tapi tak apa, benda ni memang tak femes sangat pun. Nanti kau masukkanlah certot kau dalam tu. Boleh aku baca sebelum tidur.

***Ko mesti nak KOPI yang bintang bulan bagai tu. Kahkahkah!